Taaruf Bersama Mufti Mesir !!!
Wednesday, November 4, 2009
Posted by ~~~seruan dariku~~~ [al-munzir] at 10:04 AM 0 comments
Ihya' Ramadhan 1430
Wednesday, August 19, 2009

"Mendamba Redha Ilahi, Menuju Syurga Hakiki"
Apakah anda sudah bersedia memotivasikan diri untuk mengkonsistenkan diri dengan amalan soleh demi menyahut janji-janji tersebut?
Adakah Ramadhan kali ini akan dibiarkan berlalu pergi tanpa sebarang resolusi di sebalik hikmah lapar dahaga ibadah puasa?
Makluman aktiviti terdekat:
-Diskusi Ilmiah: Fiqh Puasa, I'tikaf dan Zakat Fitrah
Pengisi: Ustaz Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rozali
Masa: 1 - 4 petang
Tarikh: 22/8 (Sabtu)
Tempat: Baitul Hikmah (Markaz UPI), Jalan Port Said, Sporting
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Sebarang makluman pengisian dan aktiviti sepanjang Ramadhan akan diberitahu dari semasa ke semasa
Posted by ~~~seruan dariku~~~ [al-munzir] at 2:49 PM 0 comments
Labels: Iklan Program
Al-Adab
Saturday, August 15, 2009
Sahih Bukhari Volume 1, Book 11, Hadith Number 589
Narrated By Abu Huraira:
Posted by ~~~seruan dariku~~~ [al-munzir] at 4:11 AM 0 comments
Labels: Doa dan Adab
Daurah Pengajian Musim Panas 2009
Friday, August 14, 2009

Tema: "Thaqafah Memperkasa Hikmah"
Kitab: Halal wal Haram fil Islam Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Pengisi: Ustaz Mohd Naem Bin Hussain
Hari: Isnin dan Selasa
Masa: 2.00-3.30 petang
Kitab: Riyadhus Solihin Imam Nawawi
Pengisi: Ustaz Mohamad Mustakim bin Sarmuji
Hari: Rabu dan Khamis
Masa: 2.00-3.30 petang
Bertempat di Markaz UPI (Atas Hospital El-Yousr, Sporting)
Kitab boleh didapatkan di Pustaka Darussalam, Syatbi (depan landasan tram)
Anda semua dijemput hadir meramaikan dan memeriahkan!!
Bersama kita mengutip mutiara hikmah, menadah ilmu dan memperkaya thaqafah
Sebarang persoalan boleh berhubung melalui:
Mohd Hafiz bin Mohd Zaini (011-5813654)
Nur Asilah binti Abu Bakar (011-5973869)
Posted by ~~~seruan dariku~~~ [al-munzir] at 10:57 AM 1 comments
Labels: Iklan Program
Al-Munzir (11 Jun 2009M / 17 Jamadil Akhir 1430H)
Thursday, August 13, 2009
nukilan: ummurayyan
Hidup dalam mencari mati yang sempurna menuju jannah Allah SWT, kita tidak pernah akan lari daripada ujian-ujianNya. Namun,dalam meniti ujian-ujian itu berbahagialah mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Tetapi sahabat-sahabat ikhwah akhawat sekalian, hendak sabar bukan senang. Mungkin kerana itulah kesabaran itu tinggi nilainya di sisi Allah. Mungkin kerana itu, para Nabi dan Rasul yang memahami erti sabar tetap teguh dan tetap menjalankan dakwah. Begitulah juga dengan para ulamak yang kuat taqwanya kepada Allah bersabar dalam apa jua dugaan dan ujian.
Antara masa yang memperuntukkan kesabaran.
Dalam gembira kena bersabar
Dalam mengecap kegembiraan,terkadang ujian datang menyapa. Malah, Allah boleh menarik kegembiraan itu pada bila-bila masa. Sambil-sambil jalan dengan perut kenyang dari kedai disease tetibe kasut bergelumang dengan ludah-ludah kat atas jalan. Tengah-tengah syok baru habis final exam, tiba-tiba duit hilang. Baru sahaja dapat jam baru tiba-tiba jam jatuh..pecah.Apa sahabat-sahabat rasa?? Bersabarlah hati.. Mungkin Allah mahu kita bersyukur kepadaNya dahulu kerana terlupa dek perasaan gembira tadi. Dan apakah kita mengambil pengajaran daripada itu?
Dalam kesusahan kena bersabar
Hidup bagaikan roda. Ada waktu kita berada di atas dan pastinya ada masa kita akan di bawah. Semalam senang,hari ini susah. Dulu ada,sekarang tiada. Namun,jangan kamu mengeluh dengan kepayahan itu kerana kepayahan itu mendekatkan kita denganNya. Jangan kamu menyalahkan diri sendiri dengan kehilangan itu. Jangan hanya pandai merungut.
Bersabarlah hati...Untuk mencari hikmah yang Allah sediakan pasti takkan tercapai dek akal. Tetapi bagi mereka yang beriman,untunglah mereka! Bilamana ada masalah mahupun ditimpa kesusahan,mereka menyerahkan segalanya pada Allah. Mengutamakan yang paling utama. Kerana
itulah ikhtiar yang sebaik-baiknya. Allah sudah menyebut yang bererti :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya) niscaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.
( Surah Ath-Thalaq: Ayat 2-3 )
Dalam berdakwah kena bersabar
Ya! Bahkan kesabaran itu harus diletakkan pada puncak yang tinggi. Arena dakwah bukan mengharap pujian sebaliknya keredhaan Allah yang menjadi buruan. Bukan juga bermakna,bila berdakwah orang pasti akan menerima dakwah itu. Ingatlah wahai daie!... Jangan pernah kamu berundur hanya kerana cacian, hinaan, kutukan mahupun cercaan itu. Jadikan ia pendokong semangat kamu! Kita hanya mampu berusaha.. Natijahnya? Serahkan sebulat-bulatnya pada Allah untuk menentukannya. Bersabarlah hati.
Dalam usaha mentarbiyah orang lain dan sekaligus diri sendiri yang pastinya tidak mungkin sempurna, kita pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian.. Dan andainya kita gagal,jangan pernah terfikir untuk mengangkat tangan sebagai tanda menyerah.. jika mahu dibandingkan dugaan dan ujian yang kita lalui pasti tidak akan pernah sama dengan kepahitan dan kepayahan yang dialami Rasulullah SAW.. Sesungguhnya Allah bersama kita.. Setiap kegagalan pasti ada kejayaan di masa akan datang, jika ia menjadi kehendak dan ketentuan Allah..
“Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah,sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul(tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah segala kesudahan segala urusan.”
( Surah Luqman . Ayat 22)
Dalam berkawan kena bersabar
Macam-macam boleh berlaku kalau dah kepala tak sekapal. Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian!..berdiam diri itu lebih baik daripada kita melepaskan amarah. Natijahnye? Ana rasa semua orang boleh expect. Kita hidup dalam komuniti mesti ada ‘give and take’. Kadang-kadang ada yang cakap..”asyik aku je yang mengalah nak jaga hati dia..dia takde rasa nak jaga hati kita sikit pon”..bersabarlah wahai hati. Tidak mengapa,Allah lebih tahu dan sememangnya Maha Mengetahui. Moga kesabaran yang sedikit itu,Allah dorongkan hati-hati kita untuk lebih cenderung pada jannahNya.
Dalam kejayaan kena bersabar
Tiada kejayaan tanpa usaha. Dan tiada usaha tanpa kesabaran. Semua orang nak berjaya. Tetapi dalam kita mengejar kejayaan itu,kita terbatas dengan waktu. Mana nak buat assignments,mana nak attend lecture,mana nak pergi kelas tafaqquh,pergi sc,mana nak beriadah,mana nak itu...mana nak ini. Bersabarlah hati.. para malaikat tidak pernah lupa untuk mecatitkan setiap apa yang kita lakukan. Tetapkan niat pada hati. Seberat mana dan sehebat mana dugaan yang Allah datangkan pada kita, jangan sekali-kali kita mengeluh.
“Sungguh,manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah,dan apabila mendapat kebaikan(harta) dia kikir. Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat”
( Surah Al-Ma’arij. Ayat 19-22)
Allah pun sudah menyebut tentang mereka yang suka mengeluh dan semoga kita tidak tergolong dan keluar daripada golongan-golongan ini,insyaAllah. Ingatlah sahabat-sahabat semua, hidup ini tidak akan indah tanpa ujian-ujian yang Allah takdirkan untuk kita. Maka bersabarlah wahai hati!
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
( Surah Al-Baqarah. Ayat 286)
“....Kami tidak akan membebankan seseorang melainkan menurut kesanggupannya...”
( Surah Al-A’raf. Ayat 42)
“Dan Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya...”
( Surah Al-Mukminun. Ayat 62)
Bermakna kita mampu melewati ujian-ujian Allah itu dengan izinNya. Cuma perlukan kesabaran. Carilah inisiatif yang bersesuaian,jgn pernah putus untuk berdoa pada Yang Maha Mendengar dan tawakkal..serahkan sebulat-bulat pengharapan kita pada Allah. InsyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa bahkan lebih baik.
Posted by ~~~seruan dariku~~~ [al-munzir] at 11:02 PM 0 comments
Labels: Al-Munzir


فضيلة الأستاذ الدكتور علي جمعه


